Langkah seterusnya dengan EMAS saya lambat bertindak sebenarnya. Saya bertindak agak lewat yang mana saya tak pasti apa punca yang menyebabkan saya lambat bertindak. Tindakan yang saya ambil seterusnya terdetik pada bulan Ramadhan 1432H (September 2011 kalau tak silap), iaitu selepas 10hari umat Islam berpuasa. Masa tu saya tengah bersiap untuk pergi kerja sambil usha-usha la harga Emas terkini kat Public Gold. Usha punya usha, sekali tengok harga cun sangat masa tu, RM752.00 untuk 1 Dinar Emas Public Gold. Saya ingat-ingat balik 1 Dinar yang saya hadiahkan pada wife saya masa bulan Januari 2011 dah ada untung. Kawan-kawan tau berapa banyak keuntungan dalam tempoh 9 bulan tu? 16% !! Banyak ke sikit tu??..Kawan-kawan kira sendiri la ye...belum sampai hujung tahun dah ada profit banyak macam tu!!..Perghhh...
Pikir-pikir balik, kalau saya melabur dalam ASB pun baru berapa peratus dapat keuntunganya.. Paling banyak 7% setahun. Betul tak? Tolong betulkan saya kalau saya salah sebab saya tak pernah ada akaun pelaburan ASB. Ada sebab saya tak pernah melabur dalam ASB.
Saya tak senang duduk bila tengok harga 1 Dinar masa tu RM752.00 sekeping. Saya pun apa lagi, sms kawan saya yang introduce saya dengan Emas Public Gold, Angah. Angah ni Priority Dealer Public Gold dari Seremban. Saya lock harga 1 Dinar sekeping pada harga RM752.00. Lepas tu dalam tempoh seminggu tu, harga 1 Dinar Emas Public Gold mencanak-canak naik. Sampai mencecah RM800.00 1 Dinar!! Lagi saya tak senang duduk. Dah berapa banyak keuntungan tu...6.3% !!! Lagi dasyat!! Dalam tempoh seminggu dah hampir menyamai keuntungan kalau saya melabur dalam ASB!!!
Lepas tu saya banyak communicate dengan Angah pasal pelaburan Emas, terutamanya Pelaburan Emas Public Gold. Selepas saya yakin dengan maklumat yang Angah bagi, selepas seminggu saya beli 1 Dinar Emas Public Gold yang kedua tu, saya terus daftar untuk jadi Dealer Emas & Perak Public Gold dengan modal RM20,533.00. Dengan modal sebanyak tu, saya akan dapat ketulan Emas & Perak Public Gold. Ini baru betul. Beli Emas dapat Emas!! Lepas semua urusan pendaftaran & pembayaran dibuat, saya dapat email pengesahan dari pihak Public Gold. Dalam tempoh 5 hari selepas tu, saya buat collection di pejabat Public Gold di branch Sunway. Maka bermula la saya sebagai Normal Dealer Public Gold. Ketulan Emas & Perak yang saya pilih ada 1 Dinar, Gold Bar 10g, Silver Bar 250g & Silver Bar 1k.
Sebenarnya, dengan modal minima untuk jadi Dealer Public Gold adalah RM20,000.00, saya dah jadi Normal Dealer dan akan dapat komisen untuk setiap belian daripada Public Gold & setiap jualan semula kepada Public Gold!!..Menarik kan..?..Dan sebenarnya (macam tajuk lagu Yuna pulak..hehe) saya boleh pilih jenis-jenis Gold Bar, Dinar, Silver Bar atau i-Series Jewellery yang sama nilai modal saya tu...Kawan-kawan paham tak apa yang saya cakapkan ni?...Kalau tak paham, tak pe. Kawan-kawan boleh sentiasa hubungi saya untuk saya bagi penjelasan.
Pada kawan-kawan yang berminat nak mulakan langkah pertama melabur dengan memiliki Emas dan Perak atau ingin sertai saya sebagai Dealer Emas Public Gold sila hubungi saya di talian 019-331 1275 atau email di myemasgold@gmail.com. Ingatlah bahawa "Duit sebenar adalah EMAS".

Like!~.
ReplyDeleteBuat gua rasa nak jadi dealer...
Boleh...sila tambah nasi...eh!! silap...sila tambah emas & jadi dealer...kalau jadi dealer nanti jgn lupa letak nama gua as INTRODUCER....nama gua yang sebenar adalah MOHD NORFAUZI BIN IDRIS....
ReplyDelete