Nak Beli Domain?

Malaysia Web Hosting

Sunday, 11 December 2011

Langkah Seterusnya Dengan Emas.

Langkah seterusnya dengan EMAS saya lambat bertindak sebenarnya. Saya bertindak agak lewat yang mana saya tak pasti apa punca yang menyebabkan saya lambat bertindak. Tindakan yang saya ambil seterusnya terdetik pada bulan Ramadhan 1432H (September 2011 kalau tak silap), iaitu selepas 10hari umat Islam berpuasa. Masa tu saya tengah bersiap untuk pergi kerja sambil usha-usha la harga Emas terkini kat Public Gold. Usha punya usha, sekali tengok harga cun sangat masa tu, RM752.00 untuk 1 Dinar Emas Public Gold. Saya ingat-ingat balik 1 Dinar yang saya hadiahkan pada wife saya masa bulan Januari 2011 dah ada untung. Kawan-kawan tau berapa banyak keuntungan dalam tempoh 9 bulan tu? 16% !! Banyak ke sikit tu??..Kawan-kawan kira sendiri la ye...belum sampai hujung tahun dah ada profit banyak macam tu!!..Perghhh...


Pikir-pikir balik, kalau saya melabur dalam ASB pun baru berapa peratus dapat keuntunganya.. Paling banyak 7% setahun. Betul tak? Tolong betulkan saya kalau saya salah sebab saya tak pernah ada akaun pelaburan ASB. Ada sebab saya tak pernah melabur dalam ASB.


Saya tak senang duduk bila tengok harga 1 Dinar masa tu RM752.00 sekeping. Saya pun apa lagi, sms kawan saya yang introduce saya dengan Emas Public Gold, Angah. Angah ni Priority Dealer Public Gold dari Seremban. Saya lock harga 1 Dinar sekeping pada harga RM752.00. Lepas tu dalam tempoh seminggu tu, harga 1 Dinar Emas Public Gold mencanak-canak naik. Sampai mencecah RM800.00 1 Dinar!! Lagi saya tak senang duduk. Dah berapa banyak keuntungan tu...6.3% !!! Lagi dasyat!! Dalam tempoh seminggu dah hampir menyamai keuntungan kalau saya melabur dalam ASB!!!


Lepas tu saya banyak communicate dengan Angah pasal pelaburan Emas, terutamanya Pelaburan Emas Public Gold. Selepas saya yakin dengan maklumat yang Angah bagi, selepas seminggu saya beli 1 Dinar Emas Public Gold yang kedua tu, saya terus daftar untuk jadi Dealer Emas & Perak Public Gold dengan modal RM20,533.00. Dengan modal sebanyak tu, saya akan dapat ketulan Emas & Perak Public Gold. Ini baru betul. Beli Emas dapat Emas!! Lepas semua urusan pendaftaran & pembayaran dibuat, saya dapat email pengesahan dari pihak Public Gold. Dalam tempoh 5 hari selepas tu, saya buat collection di pejabat Public Gold di branch Sunway. Maka bermula la saya sebagai Normal Dealer Public Gold. Ketulan Emas & Perak yang saya pilih ada 1 Dinar, Gold Bar 10g, Silver Bar 250g & Silver Bar 1k. 


Sebenarnya, dengan modal minima untuk jadi Dealer Public Gold adalah RM20,000.00, saya dah jadi Normal Dealer dan akan dapat komisen untuk setiap belian daripada Public Gold & setiap jualan semula kepada Public Gold!!..Menarik kan..?..Dan sebenarnya (macam tajuk lagu Yuna pulak..hehe) saya boleh pilih jenis-jenis Gold Bar, Dinar, Silver Bar atau i-Series Jewellery yang sama nilai modal saya tu...Kawan-kawan paham tak apa yang saya cakapkan ni?...Kalau tak paham, tak pe. Kawan-kawan boleh sentiasa hubungi saya untuk saya bagi penjelasan.



Pada kawan-kawan yang berminat nak mulakan langkah pertama melabur dengan memiliki Emas dan Perak atau ingin sertai saya sebagai Dealer Emas Public Gold sila hubungi saya di talian 019-331 1275 atau email di myemasgold@gmail.com. Ingatlah bahawa "Duit sebenar adalah EMAS".

Thursday, 17 November 2011

Langkah Pertama Dengan Emas

Untuk entri kali ni, saya nak cerita sikit pengalaman saya dalam pelaburan emas. Tapi terlebih dahulu saya nak ucap tahniah  kepada pasukan Bolasepak U23 Sukan SEA Malaysia yang berjaya menewaskan Pasukan Bolasepak U23 Indonesia dengan jaringan 1-0 bagi meletakkan pasukan Malaysia menjuarai Kumpulan A dan seterusnya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Bolasepak Sukan SEA kali ni.


Ok, berbalik kepada kisah pengalaman saya dalam pelaburan emas. Saya akui bahawa saya masih baru dalam bidang pelaburan emas. Saya memulakan langkah pertama dengan emas pada awal Januari 2011. Pada ketika tu, tarikh harijadi isteri saya hampir tiba iaitu 28 Januari 2011. Sejak bulan Disember 2010, saya dah mula berfikir & bertanya kepada diri sendiri "Hadiah apa aku nak bagi kat bini aku sempena harijadi dia nanti ek?" Saya yakin ramai suami-suami seperti saya juga ada persoalan yang sama setiap kali harijadi si isteri hampir tiba. Buntu juga la tak tau nak bagi hadiah apa. Saya fikir kalau saya bagi handphone baru pun ok juga. Tak pun bagi netbook pun ok jugak. Tapi benda-benda macam tu lama-lama rosak juga. Serabut jugak la sebab tak tau nak bagi apa sebenarnya.


Tiba-tiba saya terfikir, "kalau aku hadiahkan emas pun ok juga, tapi aku ni tak reti nak bagi emas yang macamana...". Sebab masa tu yang saya tau sebut je emas, mesti pasal gelang emas, cincin emas, rantai emas bagai. Kira barang kemas yang bling-bling tu la. Buntu jugak...Lepas tu saya teringat pasal jongkong emas & dinar emas yang pernah saya tengok masa dalam talkshow AC Di Mana? Saya pun apa lagi, cari la sumber maklumat kat Internet pasal emas ni. Saya dapat tau salah sorang kawan lama saya jual jongkong & dinar emas keluaran Public Gold. Nak beli jongkong emas Public Gold, saya tak cukup budget pula. So atas nasihat dan pendapat yang kawan saya berikan, saya decide beli sekeping 1Dinar Emas 916 Public Gold yang akan saya hadiahkan kepada isteri saya sebagai hadiah harijadi. Harga sekeping 1Dinar Emas 916 Public Gold masa tu RM645 kalau tak silap. Maka bermulalah langkah pertama dalam emas. Langkah pertama yang tidak hanya berhenti di situ. Saya akan ceritakan langkah seterusnya dalam entri akan datang. Insyaallah.....






Pada kawan-kawan yang berminat nak mulakan langkah pertama melabur dengan memiliki Emas dan Perak atau ingin sertai saya sebagai Dealer Emas Public Gold sila hubungi saya di talian 019-331 1275 atau email di myemasgold@gmail.com. Ingatlah bahawa "Duit sebenar adalah EMAS".

Thursday, 10 November 2011

Seminar Emas & Kuasa Emas.





8hb. November 2011, setelah hampir 2 bulan secara rasmi saya menjadi Dealer Public Gold, buat pertama kalinya saya join seminar emas yang dikendalikan oleh Pokli. Sebelum ni saya join seminar emas yang dikendalikan oleh staff Public Gold. Tak ingat tarikhnya. NDO Seminar atau nama penuh seminar ni adalah New Dealer Orientation Seminar. Peserta NDO Seminar dikenakan bayaran RM10 oleh pihak Public Gold dan sijil penyertaan akan diberikan diakhir seminar. NDO Seminar ni sesuai jugak untuk individu yang belum jadi Dealer Public Gold. Sesuai untuk mengetahui dan mengenali maklumat berkaitan Public Gold. Basic information berkaitan urusan peniagaan emas yang dijalankan oleh Public Gold. Untuk Dealer, tak pergi NDO Seminar ni pun tak pe. 


Seminar Financial Freedom adalah education knowledge berkaitan emas yang dikendalikan oleh Pokli, saya disertai oleh 3 orang kenalan yang berminat untuk mengetahui serba sedikit tentang pelaburan emas. Seminar Financial Freedom ni FREE je. Kira Pokli belanja la...hehhe...Salah seorang kenalan yang join saya ke seminar tersebut, amat berminat dengan emas. Saya je yang tak perasan...sebaik je tamat seminar tu, kawan saya tu cakap yang dia akan mula simpan emas dan berjanji akan beli emas yang pertama daripada saya. Statement yang agak memeranjatkan saya sebab drastik sangat. Rupa-rupanya, kawan saya ni memang dah kenal nama Pokli dan dah mula buat kajian tentang emas sejak saya cerita tentang emas sikit-sikit di Facebook. Dan pada saya, saya dah jalankan tanggungjawab saya untuk beri maklumat berkaitan emas kepada kawan-kawan saya. Samada kawan-kawan saya nak mulakan langkah yang pertama memiliki emas sebagai pelindung nilai pendapatan atau nak terus leka & lena dibuai mimpi...terpulang. Bila dah dengar penerangan Pokli tentang kebaikan dan kuasa emas ni, saya rasa kawan saya ni bertambah la teruja untuk memiliki emas.


Keesokannya saya collect stok emas. Tak banyak pun, seketul 10g Goldbar & 2 utas Gelang Emas 916 i-series. Pada hari yang sama, saya deliver sekeping 1Dinar kat area PJ. Pembeli ni kawan saya dari Pulau Pinang dan kawan saya ni minta deliver Dinar Emas ke PJ. Takde hal...small matter... Insyaallah, pada kawan-kawan yang beli emas atau silver daripada saya, saya akan deliver barang anda sendiri. Petang hari yang sama juga, kawan saya yang minat untuk memiliki emas telah membuat keputusan untuk memiliki sekeping Public Gold 10g Goldbar 999 dan sekeping Public Gold 1 Dinar 916!!! Ini bermakna, stok Goldbar saya habis lagi.. takpe asalkan kawan-kawan saya mula lindungi nilai pendapatan diorang dengan tukarkan wang fiat kepada emas. Insyaallah, nilainya akan bertambah.


Kepada kawan saya, En. Shah, tahniah saya ucapkan di atas langkah pertama yang telah anda buat untuk lindungi nilai pendapatan anda dengan memiliki emas.


Kepada kawan-kawan saya yang lain & pembaca weblog MyEmasGold yang saya anggap juga anda sebagai kawan-kawan saya, sekiranya anda berminat untuk memiliki Emas & Perak fizikal atau berminat nak sertai saya sebagai Dealer Public Gold (modal minima RM20k dalam satu resit & akan dapat emas fizikal dengan nilai yang sama) , jangan malu jangan segan....contact saya di talian 019-3311275...call boleh...sms pun boleh...kalau nak communicate melalui Facebook pun boleh...click je kat sini....Saya tak buat skim cepat kaya atau MLM ye...hehehe...ni skim lambat kaya...tapi selamat..Insyaallah.

Tuesday, 8 November 2011

Salam Pengenalan.

Chewahhh.. Tajuk macam nak kena bagi kad pengenalan pulak kan. Ok...Ni entri pertama untuk weblog MyEmasGold.com. Weblog yang akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan EMAS atau dalam bahasa orang putih GOLD. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan sebagai pendahuluan entri pertama weblog MyEmasGold.com. Sebagai pengenalan saya cerita serba sedikit berkenaan diri saya. Wahhh....dengar macam formal je kan...Kekok skit...takpe, dengan saya tak payah la nak formal...kita langgar je...hehehe


Cukup sekadar anda semua kenal saya dengan nama Fauzi Idris. Kalau nak tau nama penuh saya, nanti kita borak bincang pasal Emas saya bagitau nama penuh saya. Sehingga tarikh entri ini ditulis, umur saya 34 tahun dan akan mencapai ke 35 tahun pada hujung tahun ini, Insyaallah. Saya akui saya masih baru dalam bidang  pelaburan EMAS dan PERAK.


KENAPA MyEmasGold.com?
Saya tak pasti samada persoalan ini timbul dalam pemikiran anda semua atau tidak. Tapi takpe, saya bagitau juga la ye..Tiada alasan yang spesifik dalam penggunaan MyEmasGold.com. Saya cuma ingin berkongsi pendapat & maklumat berkaitan Emas & Perak, harga jual/beli Emas & Perak. Saya sebagai Normal Dealer produk EMAS & PERAK FIZIKAL PUBLIC GOLD yakin dengan produk EMAS & PERAK yang suatu hari nanti akan menjadi produk yang menjadi rebutan dan mendapat permintaan yang tinggi dari semua orang.


JUAL EMAS & PERAK JE KE?
Tak. Bukan tujuan utama saya hanya untuk menjalankan perniagaan EMAS & PERAK saja. Macam yang saya cakap tadi, saya nak kongsi pendapat & maklumat pasal EMAS & PERAK. Kalau ada yang berminat nak beli EMAS & PERAK FIZIKAL, Alhamdullillah....ada la sikit rezeki tambahan yang Allah bagi untuk saya & keluarga. 


FULLTIME JUAL/BELI EMAS & PERAK?
Jawapanya Tak. Saya mempunyai pekerjaan tetap di Kuala Lumpur & saya menjalankan perniagaan atau menjadi DEALER produk PUBLIC GOLD secara sambilan. Tapi saya ada perancangan untuk menjadi peniaga sepenuh masa. Mungkin juga dalam bidang EMAS & PERAK sekiranya diizinkan Allah. Mungkin jugak saya jual kerepek & keropok sepenuh masa....hehehe...masih juga meniaga kan...?...


MACAM MANA NAK CONTACT UNTUK EMAS & PERAK FIZIKAL?
Boleh email saya di myemasgold@gmail.com atau call/sms saya di 019-331 1275. Page Facebook PESTA EMAS & PERAK akan saya create tak lama lagi. Insyaallah, kita boleh bincang dengan baik. Kalau nak borak-borak pun boleh jugak, kalau saya ada kelapangan, Insyaallah.....boleh sama-sama belajar, bincang pasal EMAS & PERAK...kalau tak pasal EMAS & PERAK pun boleh...cuma jangan pasal politik la ye....hehehe




NAK BAGITAU SKIT....
Pada saya semua pembeli atau bakal pembeli EMAS & PERAK FIZIKAL daripada saya adalah kawan-kawan saya. Insyaallah boleh jadi sahabat saya....Ada beza tu kawan & sahabat...Saya lebih selesa macam tu, sebab berkawan & bersahabat lebih merapatkan perhubungan & lebih lama. Kalau sebagai pelanggan, lepas beli je, settle...habis macam tu je....kalau pelanggan suka dengan cara saya, Insyaallah pelanggan akan cari saya balik....lepas tu nak borak pun pasal bisnes je...tak best macam tu....Info yang akan saya kongsikan kat MyEmasGold.com ni, ada yang saya dapat dari pelbagai sumber. Saya akan maklumkan dari mana sumber tu...




PALING PENTING.
Paling penting, saya nak cakap & nak bagitau saya TAK MENJALANKAN PERNIAGAAN ATAU PELABURAN SKIM CEPAT KAYA. Saya memang tak sesuai dengan perniagaan atau pelaburan macam tu. Lagi satu, saya nak cakap SETIAP PELABURAN ADA RISIKO. Saya nak ingatkan, jangan la terlalu seronok baca & dengar perkara yang 'manis-manis' pasal EMAS & PERAK ni. Setiap keputusan yang anda buat untuk melabur, tak kira la melabur dalam EMAS, PERAK atau apa saja pelaburan, ianya adalah KEPUTUSAN ANDA SENDIRI. Saya tak nak mempengaruhi sesiapa untuk melabur. Memang dalam Al-Quran ada disebut pasal EMAS & PERAK, tapi sebolehnya saya tak nak gunakan hanya sebagai 'penyedap' untuk menjalankan atau promosi pelaburan EMAS & PERAK FIZIKAL. Pada saya, penggunaan Al-Quran sebagai 'penyedap' tu tak betul...Kita kena faham & beriman kepada kitab-kitab Allah..salah satunya adalah Al-Quran Al-Quran (Rukun Iman Ke-3)...bukan hanya jadikannya sebagai 'penyedap' untuk dapat untung je....Ok la, saya tak nak sentuh pasal agama banyak-banyak...saya sedar kedudukan saya kat mana....hehehe...

Akhir kata untuk entri pengenalan ni, andai ada yang terbuka hati minat nak memiliki EMAS & PERAK FIZIKAL, atau nak join saya jadi DEALER EMAS & PERAK PUBLIC GOLD boleh la contact saya di 019-3311275 atau email saya pun boleh di myemasgold@gmail.com. Saya juga dalam proses untuk menjual barang kemas EMAS. Dah ready semua tu nanti, saya akan update kat MyEmasGold.com.

p/s: Heran jugak kan..kenapa saya guna email gmail.com. Heheh..saya baru nak polish balik bina weblog guna selfhosted domain ni. Insyaallah, akan datang akan guna email fauzi@myemasgold.com.